Assalamualaikum ,  hai apa khabar semua ? ok jom kita straight to the point je wadah nak kongsikan macam mana cara-cara nak menyambung pinjaman PTPTN kali ke-2 .



ok let's go !

First of all, pastikan anda membeli nombor pin PTPTN dekat BSN. Mana yang pernah dah daftar sebelum ni anda just LOG IN sahaja. Sebab? Pernah mintak PTPTN dulu kan? Kita pergi satu persatu.

Pergi dekat www.ptptn.gov.my . Pilih yang PTPTN Online.


Nanti akan keluar dialog box pasal SSPN. Wajib dah SSPN nih. Nasib baik la saya dah buat masa 2011 lagi. Wehe. :D Tapi buat kat Maybank seminggu baru dapat. --'

Okay, lepas tu log in macam biasa. Bagi IC dan Password. Tapi ade masalah pulak bagi yang lupa password or expired email. 


Yang mana salah password/email tu, so ada caranya.

Pegi kat page ni balik dan pilih Talian Terus Pegawai PTPTN Negeri. Kat sini masukkan IC dan dia akan bagi maklumat pegawai pemantau awak-awak. Dari zaman diploma dulu lagi, ptptn dah hantar kat email kita pasal Pegawai Pemantau tu. Cuba check balik. :D Tapi kat sini lebih cepatla. Cuba call pegawai tu dan bagitahu masalah, then dia akan reset password or email. 


Bila dah login dengan jayanya. Buat pendaftaran baru. Saya dah selesai isi dan hantar dah :D 


Selepas tu, selesaikan mana yang patut. Semua maklumat mesti diisi dengan betul dan tepat. *Untuk degree pilih Ijazah Pertama Sepenuh Masa. 



Bagi yang nak buat Permohonan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN pinjaman diploma, print je borang INI.  Borang ni kena isi untuk buat penangguhan pinjaman kalau nak tunggu habis degree dulu. Kalau nak bayar terus taknak tangguh pun boleh kot kan. Jangan lupa sediakan mana-mana dokumen yang penting tu. Better bawak terus time nak masuk u ni. Oh ye, borang ni bleh pos terus kepada PTPTN atau tunggu nanti PTPTN datang nanti hari perjanjian tu.

OK , ITU SAHAJAA :) SELAMAT MENCUBA 

Comments